Program Kerjaya “Global Malaysian”
Webster March 14th, 2008
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Gabungan Kelab-Kelab UMNO Luar Negara (KULN) dengan kerjasama Sekretariat KULN di Kuala Lumpur telah melancarkan projek bank resume di mana resume bakal-bakal graduan Malaysia di serata dunia dikumpulkan dalam searchable DVD untuk diedarkan ke syarikat-syarikat GLCs dan firma-firma multinasional di Malaysia.
Usaha ini adalah untuk membantu pelajar Malaysia yang ingin pulang berkhidmat kepada negara, sambil menyumbang kepada kemajuan human capital untuk mengekalkan kemantapan ekonomi Malaysia.
Pelajar-pelajar yang bakal menamatkan pengajian pada bulan Mei ini hingga Mei tahun depan dijemput untuk menghantar resume masing-masing sebelum 31 Mac 2008. Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila rujuk kepada risalah Projek Global Malaysian yang dilampirkan bersama emel ini.
Sekian,
Mohd Rapik Saat
Pengarah Projek
Kelab UMNO Chicago, U.S.A.
